Perangkaan HUB Pembenihan Lobster Air Tawar

Hub Pembenihan Lobster Air Tawar

Seiring dengan perancangan Pilot Project 2020 [link], FWC telah memulakan pelan perangkaan untuk menubuhkan HUB Pembenihan secara intensif bagi memastikan kitaran pengeluaran benih Lobster Air Tawar (LAT) konsisten serenjang dengan pengeluaran hasil LAT setiap bulan.

Pembenihan akan dijalankan melalui sistem tertutup untuk mengurangkan benih terdedah kepada unsur luar seperti patogen dan penyakit yang mungkin akan menjejaskan penghasilan benih.

Sistem akan dibangunkan di dalam infrastruktur yang mana telah dibahagikan kepada 3 bilik yang mewakili 3 fasa utama seperti rajah di bawah.

Pelan Lantai Hatheri Lobster Air Tawar

1) Fasa 1 (Mengawan)

Telur akan disenyawakan secara semulajadi, dengan kapasiti ruang mampu menempatkan hampir 150-200 ekor LAT dalam satu-satu masa.

2) Fasa 2 (Penetasan)

Penetasan akan dilakukan secara berperingkat, induk akan dipantau selama 30-45 hari untuk memastikan kualiti air dan induk berada di dalam keadaan yang sihat sehingga telur ditetaskan.

3) Fasa 3 (Nurseri)

Fasa terakhir, benih akan dimasukkan ke dalam tangki pembesaran mengikut minggu telur ditetaskan bagi memudahkan proses pengredan. Proses ini penting untuk memastikan benih yang dikeluarkan mempunyai pembesaran secara seragam untuk mengurangkan cannibalism.

Benih akan diawasi sehingga 1 bulan atau berukuran 1 inci, benih yang mencapai krateria akan dikuarantin dan dihantar ke kolam pembesaran utama.

FWC menjangkakan fasiliti/infrastruktur HUB Pembenihan ini mampu menampung pengeluaran benih purata 10,000 ekor atau bersamaan 500kg setiap bulan.

Dengan jangkaan HUB Pembenihan ini FWC masih jauh untuk menampung pengeluaran hasil LAT 1.5 tan [link] sebulan di kolam pembesaran utama. 

Bagi memenuhi keperluan benih, FWC berkemungkinan akan berkolaborasi dengan syarikat atau individu yang berpotensi menjadi pembekal benih pada tahun pertama pembukaan kolam.

Tinggalkan komen anda!

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Belajar untuk menternak.

Langgan emel secara percuma untuk mendapat update terbaru tentang tip dan petua terbaru!

Email anda sudah kami terima! Nantikan berita mingguan dari kami! Alamak! Sedikit masalah dalaman berlaku, boleh cuba semula?
Ikon Laman Web

Hak cipta terpelihara sejak 2018 | Hak Cipta blog@fwcrustacea.com