Penghantaran Benih dengan FWC
Penghantaran Benih dengan FWC Setelah pengisytiharan PKPB di Selangor terutamanya (seminggu selepas posting ini dibuat) ramai yang ada masalah yang sama iaitu untuk bergerak merentas daerah. Kami di FWC mendapati banyak permintaan untuk kami menyediakan servis penghantaran anak benih ke ladang (farm) masing-masing. Perancangan kami untuk mengadakan servis penghantaran memang sudah lama dirancang tetapi SOP-nya masih belum matang. Mengambil kira atas permintaan yang banyak dan kemungkinan akan terputus bekalan anak benih, kami telah mencuba SOP baru kami dengan Rakan Niaga (terima kasih banyak kerana percaya kepada SOP baru FWC 🙏🏿) kami untuk penghantaran menggunakan servis pihak ketiga (Lalamove / Mr Speedy). Alhamdulillah, penghantaran berjalan dengan lancar dan baik. Rakan Niaga kami menerima semua anak benih LAT dalam keadaan 100% hidup termasuk sepasang Marble biru. Untuk SOP ini kami telah menggunakan perkhidmatan Lalamove. Cukup dengan cerita, kita terus ke perkara utama. Ada beberapa perkara yang perlu anda perlu tahu sebelum itu iaitu had servis kami. Kami telah pecahkan kepada beberapa soalan : 1) Penghantaran benih merangkumi kawasan mana saja? Jawapan: Servis hanya merangkumi kawasan Lembah Klang sahaja. Lorhh? Awat ? Sebab kami mengambil kira perjalanan benih kepada pelanggan. Perjalanan mestilah kurang dari 1 Jam untuk mengurangkan peratus kematian. 2) Macammana SOP anak benih dihantar? Ikat tepi ka? Jawapan: Menggunakan SOP, kami akan menggunakan kotak yang bersaiz dimensi sama dengan saiz box ‘Courier Box‘ dan air yang disejukkan. Memandangkan bekas Courier ada penebat suhu (insulation), kami dapat mengekalkan suhu sehingga 1 jam untuk memastikan LAT selesa/tidak stress sepanjang perjalanan. Lihat contoh kotak yang sudah sampai ke tangan Rakan Niaga kami seperti di bawah. ‘Unboxing’ Kotak (Gambar Ehsan Rakan Niaga) Marble Biru (Gambar Ehsan Rakan Niaga) 3) Jadi berapa had limit pembelian? Had penghantaran bergantung kepada kuantiti yang dibeli. Untuk menggunakan perkhidmatan ni hanya 150 ekor untuk saiz 1”-2” atau 120 ekor untuk saiz 2”-3” sekali penghantaran. Saiz yang kami syorkan ini adalah berdasarkan pada SOP kami untuk memaksimakan peratus hidup sehingga sampai ke tangan anda. Ada soalan yang terlepas tak? Jadi soalan terakhir dan paling penting. Macammana nak guna servis penghantaran ni? Hanya dengan 3 cara mudah sahaja! 1) PM/DM/Mesej kami! Beri kami maklumat pembelian anda seperti nama anda, jumlah benih, saiz, warna dan butiran tempat untuk Courier akan drop off benih anda. 2) Tunggu sebut harga (quotation) dari kami. Kami akan siapkan segera sebut harga dan kos penghantaran kepada anda. 3) Setuju dengan Sebut Harga? Jika anda setuju dengan sebut harga, kita akan set masa dan waktu penghantaran. SIAP! Anda hanya perlu tunggu courier sampai hingga depan pintu rumah anda! #deliveryhinggadepanpintu. Mudah kan!!? Kami berharap dengan servis terbaru kami dapat membantu anda mendapatkan bekalan benih dengan lebih mudah. Okey, dah boleh order dengan tenang hati . Tinggalkan komen anda! Cancel reply Logged in as Fairus Munir. Edit your profile. Log out? Required fields are marked * Message
Perangkaan HUB Pembenihan Lobster Air Tawar
Perangkaan HUB Pembenihan Lobster Air Tawar Seiring dengan perancangan Pilot Project 2020 [link], FWC telah memulakan pelan perangkaan untuk menubuhkan HUB Pembenihan secara intensif bagi memastikan kitaran pengeluaran benih Lobster Air Tawar (LAT) konsisten serenjang dengan pengeluaran hasil LAT setiap bulan. Pembenihan akan dijalankan melalui sistem tertutup untuk mengurangkan benih terdedah kepada unsur luar seperti patogen dan penyakit yang mungkin akan menjejaskan penghasilan benih. Sistem akan dibangunkan di dalam infrastruktur yang mana telah dibahagikan kepada 3 bilik yang mewakili 3 fasa utama seperti rajah di bawah. 1) Fasa 1 (Mengawan) Telur akan disenyawakan secara semulajadi, dengan kapasiti ruang mampu menempatkan hampir 150-200 ekor LAT dalam satu-satu masa. 2) Fasa 2 (Penetasan) Penetasan akan dilakukan secara berperingkat, induk akan dipantau selama 30-45 hari untuk memastikan kualiti air dan induk berada di dalam keadaan yang sihat sehingga telur ditetaskan. 3) Fasa 3 (Nurseri) Fasa terakhir, benih akan dimasukkan ke dalam tangki pembesaran mengikut minggu telur ditetaskan bagi memudahkan proses pengredan. Proses ini penting untuk memastikan benih yang dikeluarkan mempunyai pembesaran secara seragam untuk mengurangkan cannibalism. Benih akan diawasi sehingga 1 bulan atau berukuran 1 inci, benih yang mencapai krateria akan dikuarantin dan dihantar ke kolam pembesaran utama. FWC menjangkakan fasiliti/infrastruktur HUB Pembenihan ini mampu menampung pengeluaran benih purata 10,000 ekor atau bersamaan 500kg setiap bulan. Dengan jangkaan HUB Pembenihan ini FWC masih jauh untuk menampung pengeluaran hasil LAT 1.5 tan [link] sebulan di kolam pembesaran utama. Bagi memenuhi keperluan benih, FWC berkemungkinan akan berkolaborasi dengan syarikat atau individu yang berpotensi menjadi pembekal benih pada tahun pertama pembukaan kolam. Tinggalkan komen anda! Cancel reply Logged in as Fairus Munir. Edit your profile. Log out? Required fields are marked * Message
Prosedur Beli Pukal Harga Murah
Procedur Beli Pukal Harga Murah Tahukah anda, pembelian secara pukal dapat menjimatkan wang poket/syarikat anda sehingga 20% daripada harga asal LAT?!!! Itu bermaksud keuntungan bersih anda juga boleh meningkat sehingga 20% juga!!! Pembelian secara pukal untuk perniagaan anda atau majlis anda adalah sangat dialukan dan kami juga sangat-sangat berbesar hati menjadi rakan strategik perniagaan anda . Setelah beberapa siri pembelian secara pukal daripada pelanggan kesayangan FWC, pembelian dengan kami adalah sangat mudah (*seperti diberitahu pelanggan kamilah, harap-harap tak syok sendiri) dan lancar tapi bagi yang baru dan bakal menjadi pelanggan kami ramai tidak tahu dan tidak maklum dengan procedur (SOP) kami. Jadi kami terpanggil untuk berkongsi tentang perjalanan pembelian dan berharap dengan perkongsian kali ini dapat membantu untuk memudahkan pembelian anda dengan kami. Cara procedur ni tak terhad kepada pembelian pukal sahaja ya! Ia termasuk semua jenis pembelian atau transaksi seperti benih, induk, set ternak, set kanvas, pallet dan lain-lain. Tapi kalau anda datang walk-in jadi tak perlu SOP ini. 1) Hubungi Kami Terus berhubung dengan wakil kami melalui no telefon, email, whatapps, telegram, atau paling mudah dengan menggunakan sistem mesej langsung kami di dalam laman web ini juga boleh!. 2) Nyatakan Hasrat Anda! (*okey nampak drama skit) Beritahu wakil kami tentang hasrat jenis barang yang hendak dibeli. Jangan malu, jangan segan boleh cakap. Jangan beli orangnya sudah 😆. Wakil kami akan SEGERA periksa tentang ketersediaan barang yang dihasratkan. 3) Berbincang tentang masa penghantaran dan deposit. Kami hanya melakukan sekali sahaja penghantaran setiap minggu secara pukal iaitu pada hari khamis/jumaat, tetapi kami fleksibel tentang bagaimana barang hendak dihantar contohnya menggunakan bas atau pos. Setelah bersetuju dengan masa, cara penghantaran, dan kos penghantaran anda perlu mendahulukan 60% deposit dan selebihnya setelah anda dapat barang tersebut. Oh! Jangan lupa minta resit, itu bukti anda sudah buat pembayaran deposit kepada kami ya!. 4) Tunggu Barang Anda! Semua dah setel, sekarang anda hanya perlu tunggu barang anda sampai! Mudah kan? Seperti ABC kan? Kalau anda berpuas hati dengan servis kami, harap dapat maklum balas kepada kami ya! Kami sangat-sangat komited dengan kepuasan pelanggan-pelanggan kesayangan kami. TAMAT! Kami berharap perkongsian proses ini sangat mudah bagi anda! Jika anda ada cadangan untuk memudahkan lagi proses ini, maklumkan sahaja kepada kami! Tinggalkan komen anda! Cancel reply Logged in as Fairus Munir. Edit your profile. Log out? Required fields are marked * Message