Persiapkan mee udon dahulu, panaskan air sehingga menggelegak dan masukkan secubit garam.
Kemudian masukkan udon dan celurkan selama 5 minit. Toskan air dan lalukan air sejuk kemudian ketepikan untuk persiapan sup udon.
Potong bawang putih dan bawang besar secara memanjang.
Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan bawang besar. Goreng sehingga warna kekuningan dan masukkan bijan.
Setelah bijan bertukar warna, masukkan air.
Setelah menggelegak masukkan perencah Sup Siam Adabi. Kalau mahu lebih pekat, masukkan dua perencah sekali gus dan lada hitam.
Siap! masukkan lobster, udang, dan sotong dan celurkan ke dalam kuah bila hendak dihidangkan. Setelah bahan-bahan basah tadi kemerahan udon anda sedia untuk dihidangkan!.