Apa itu EM (Effective Microorganisms)?

Bacteria

Apa itu EM (Effective Microorganisms)? Sebelum membincang dengan lebih terperinci tentang EM, kita perlu tahu perkara asas yang paling asas iaitu apa tu EM? EM atau dikenali dengan Effective Microorganisms merupakan nama sebuah produk! Serious, memang nama sebuah produk. Disebabkan larisnya nama EM jadi kebanyakkan produk yang berasaskan probiotik (*eh probiotik plak dah, satgi kita sembang ) akan diberi nama EM. Produk EM telah dicipta oleh Prof Teruo Higa dari University of the Ryukyus, Okinawa, Jepun pada 1982. Prof Teruo Higa Jadi inilah dia Prof Teruo Higa. EM telah didaftarkan sebagai trademark rasmi dan dimiliki oleh syarikat EMRO (EM Research Organization). Jadi asasnya EM adalah rumusan beberapa strain bakteria yang dihimpunkan di dalam satu produk untuk menjalankan tugas-tugas tertentu mengikut kajian beliau. Sudah jelaskan apa itu EM? Kami kepilkan satu video pendek rasmi daripada EMRO sendiri untuk penerangan lebih lanjut. Sepanjang pemerhatian kami, hanya sebuah syarikat sahaja di Malaysia yang diiktiraf sebagai pengilang EM iaitu EMRO Malaysia Sdn Bhd boleh klik untuk maklumat lanjut. Jadi berbalik kepada soalan kedua (*yang kami sembang dekat atas tadi). Apa itu probiotik? Dengaq macam antibiotik kan? Adik beradik ka? Vitagen dengan Yakult ka?  Jawapannya tak sama! Bahasa mudahnya Probiotik adalah makhluk seni atau bakteria hidup yang berguna untuk kita. Selagi mana depa berbakti seperti memproses sisa makan, mencuci usus dan lain-lain yang berguna kepada manusia selagi tu depa memegang title Probiotik. Termasuklah juga bakteria nitrogen (nitrifying bacteria) yang kita pernah sentuh dulu, boleh klik untuk bacaan lanjut. Jadi secara mudahnya kita boleh kelaskan Vitagen dengan Yakult tu juga termasuk dalam jenis probiotik. Antibiotik pulak? Kita sentuh topik tu pada posting akan datang!  Harap dengan perkongsian pendek ini dapat menjernihkan kekeliruan anda. Jika ada perkongsian yang lain mahu kami sentuh boleh komen di ruang bawah. Tinggalkan komen anda! Cancel reply Logged in as Fairus Munir. Edit your profile. Log out? Required fields are marked * Message

Belajar untuk menternak.

Langgan emel secara percuma untuk mendapat update terbaru tentang tip dan petua terbaru!

Email anda sudah kami terima! Nantikan berita mingguan dari kami! Alamak! Sedikit masalah dalaman berlaku, boleh cuba semula?
Ikon Laman Web

Hak cipta terpelihara sejak 2018 | Hak Cipta blog@fwcrustacea.com