Kuarantin? Kenapa?

Kenapa perlu kuarantin?

Kenapa perlu kuarantin dan apa SOP untuk kuarantin?

Ada 2 keadaan yang memerlukan kepada kuarantin iaitu:

1) Induk / Benih yang baru diperkenalkan kepada sistem / ladang kita.

2) Induk / Benih yang menunjukkan simptom keracunan ammonia/nitrite atau mungkin kesan dari fogging.

Jadi kita akan membincangkan tentang kedua-dua keadaan dan cara SOP yang boleh digunakan. Secara umum, FWC mengesyorkan kuarantin di jalankan di luar daripada sistem utama yang sudah matang.

Kenapa 🤔?

Ini bagi mengurangkan kemungkinan penyakit, parasit atau kulat daripada tersebar ke sistem yang sedia ada.

Proses kuarantin mungkin akan menggunakan kawasan yang agak besar jadi kebanyakkan penternak akan ‘ponteng‘ SOP ini. Tetapi hendak kami tekankan disini dengan menjalankan SOP yang ‘mesti‘ ini dapat menyelamatkan seluruh ladang/ternakan anda!

Kuarantin jugak termasuk di dalam keperluan SOP biosekuriti yang telah digariskan oleh Jabatan Perikanan Malaysia [link].

Memetik daripada sumber :

Ikan yang hampir tiba mestilah dikuarantin dan kawasan kuarantin itu mestilah di lokasi yang jauh dari ladang”.

Nampak? Jabatan sendiri “highlight” kepentingan dan ketatnya SOP kuarantin ini.

Planaria
Antara spesies flatworm yang berbahaya kepada LAT Kredit kepada "wikipedia.org""

Langkah-langkah yang perlu diambil kira ketika menjalankan proses kuarantin.

i) Pastikan semua peralatan seperti penapis, bekas atau apa-apa peralatan yang telah digunakan untuk kuarantin di cuci sebelum digunakan untuk sistem yang lain.

ii) Label bekas yang digunakan untuk kuarantin, jadi kita sentiasa berhati-hati ketika menguruskan stok baru atau LAT yang bersimptom.

Okey, Siap!

Jom teruskan kepada perkongsian.

Kita akan fokus kepada 2 keadaan yang perlu kepada kuarantin.

1) Induk / Benih yang baru diperkenalkan kepada sistem / ladang kita.

Sebelum mengambil induk/benih daripada penjual, kami mencadangkan untuk menyiapkan dahulu sistem kuarantin.

Sistem kuarantin sama saja seperti sistem lain yang kita guna untuk menternak LAT, keperluan seperti biomedia, penapis dan perumah. Cuma 1 sahaja perkara yang perlu dimasukkan ke dalam sistem iaitu garam.

Seperti diterangkan di atas, garam (garam putih tanpa iodin) dapat membunuh parasit yang dibawa oleh stok baru dan juga dapat membantu untuk merawat penyakit yang mungkin dibawa bersama.

Berapa lama?

Kami mencadangkan untuk kuarantin LAT dalam tempoh masa minimum 4 minggu dan maksimum 6 minggu, kenapa? Kitaran hidup kebanyakkan parasit daripada telur sehingga dewasa adalah minimum 4 minggu – 6 minggu. Jadi dengan proses SOP kuarantin yang ketat kita sudah mengurangkan risiko jangkitan/parasit seminimal mungkin.

2) Induk / Benih yang menunjukkan simptom penyakit, keracunan ammonia/nitrite atau mungkin kesan dari fogging.

Ada dua kaedah di sini yang boleh digunakan, pertama adalah teknik Salt Bath (teknik 1 di atas) atau Salt Dip (Kuarantin Sementara dalam jangka masa 6-12jam).

Teknik Mandi sama sahaja seperti teknik 1 jadi kami akan menghuraikan teknik Teknik Celup

Berbeza cara, teknik ini kita akan menggunakan garam biru, garam ini telah ditambah dengan methylene blue (Methylthioninium chloride) yang mana berfungsi untuk membunuh parasit, fungal dan dapat membantu ternakan untuk bernafas semula jika didapati keracunan ammonia/nitrite atau fogging.

Garam Biru
Kredit kepada "tokopedia.com"

Caranya cuma mengasingkan ternakan ke bekas lain, tambah garam biru dan pastikan anda masukkan pengudaraan yang mencukupi. Sekiranya ternakan menunjukkan perubahan yang positif, anda boleh memindahkan ternakan ke dalam sistem utama semula. Tapi Awas! jangan masukkan garam biru ke dalam sistem ternakan matang anda kerana ia akan membunuh bukan sahaja parasit, fungal, bakteria jahat, tetapi juga bakteria baik yang ada dalam biomedia anda!

Sekian, itu saja perkongsian untuk kali ini.

Semoga bermanfaat dan jika ada soalan, boleh komen di bawah untuk tajuk yang boleh dibincngkan bersama 😎.

Belajar untuk menternak.

Langgan emel secara percuma untuk mendapat update terbaru tentang tip dan petua terbaru!

Email anda sudah kami terima! Nantikan berita mingguan dari kami! Alamak! Sedikit masalah dalaman berlaku, boleh cuba semula?
Ikon Laman Web

Hak cipta terpelihara sejak 2018 | Hak Cipta blog@fwcrustacea.com