Setelah pengisytiharan PKPB di Selangor terutamanya (seminggu selepas posting ini dibuat) ramai yang ada masalah yang sama iaitu untuk bergerak merentas daerah. Kami di FWC mendapati banyak permintaan untuk kami menyediakan servis penghantaran anak benih ke ladang (farm) masing-masing.
Perancangan kami untuk mengadakan servis penghantaran memang sudah lama dirancang tetapi SOP-nya masih belum matang.
Mengambil kira atas permintaan yang banyak dan kemungkinan akan terputus bekalan anak benih, kami telah mencuba SOP baru kami dengan Rakan Niaga (terima kasih banyak kerana percaya kepada SOP baru FWC 🙏🏿) kami untuk penghantaran menggunakan servis pihak ketiga (Lalamove / Mr Speedy).
Alhamdulillah, penghantaran berjalan dengan lancar dan baik.
Rakan Niaga kami menerima semua anak benih LAT dalam keadaan 100% hidup termasuk sepasang Marble biru.
Untuk SOP ini kami telah menggunakan perkhidmatan Lalamove.
Cukup dengan cerita, kita terus ke perkara utama. Ada beberapa perkara yang perlu anda perlu tahu sebelum itu iaitu had servis kami. Kami telah pecahkan kepada beberapa soalan :
1) Penghantaran benih merangkumi kawasan mana saja?
Jawapan: Servis hanya merangkumi kawasan Lembah Klang sahaja. Lorhh? Awat ? Sebab kami mengambil kira perjalanan benih kepada pelanggan. Perjalanan mestilah kurang dari 1 Jam untuk mengurangkan peratus kematian.
2) Macammana SOP anak benih dihantar? Ikat tepi ka?
Jawapan: Menggunakan SOP, kami akan menggunakan kotak yang bersaiz dimensi sama dengan saiz box ‘Courier Box‘ dan air yang disejukkan. Memandangkan bekas Courier ada penebat suhu (insulation), kami dapat mengekalkan suhu sehingga 1 jam untuk memastikan LAT selesa/tidak stress sepanjang perjalanan.
Lihat contoh kotak yang sudah sampai ke tangan Rakan Niaga kami seperti di bawah.
3) Jadi berapa had limit pembelian?
Had penghantaran bergantung kepada kuantiti yang dibeli. Untuk menggunakan perkhidmatan ni hanya 150 ekor untuk saiz 1”-2” atau 120 ekor untuk saiz 2”-3” sekali penghantaran. Saiz yang kami syorkan ini adalah berdasarkan pada SOP kami untuk memaksimakan peratus hidup sehingga sampai ke tangan anda.
Ada soalan yang terlepas tak?
Jadi soalan terakhir dan paling penting.
Macammana nak guna servis penghantaran ni?
Hanya dengan 3 cara mudah sahaja!
1) PM/DM/Mesej kami!
Beri kami maklumat pembelian anda seperti nama anda, jumlah benih, saiz, warna dan butiran tempat untuk Courier akan drop off benih anda.
2) Tunggu sebut harga (quotation) dari kami.
Kami akan siapkan segera sebut harga dan kos penghantaran kepada anda.
3) Setuju dengan Sebut Harga?
Jika anda setuju dengan sebut harga, kita akan set masa dan waktu penghantaran.
SIAP!
Anda hanya perlu tunggu courier sampai hingga depan pintu rumah anda!
#deliveryhinggadepanpintu.
Mudah kan!!? Kami berharap dengan servis terbaru kami dapat membantu anda mendapatkan bekalan benih dengan lebih mudah.
Okey, dah boleh order dengan tenang hati .
Langgan emel secara percuma untuk mendapat update terbaru tentang tip dan petua terbaru!
Hak cipta terpelihara sejak 2018 | Hak Cipta blog@fwcrustacea.com