Apa Kaitan PH vs GH vs KH?
Apa Kaitan PH vs KH vs GH? Hola Geng! Harini kita akan membincangkan perkara paling (fundamental) di dalam penternakan terutamanya yang berkaitan akuakultur. Kita akan membahaskan dengan menggunakan terma “layman terms” bagi memudahkan pemahaman dan penyampaian kerana kebanyakkan perkongsian rata-rata membahaskan dalam bahasa alien dan tak mesra pemula (noobies) 🙊. Jom mula! 1) PH aka “Hidrogen Yang Berkuasa“ Tahukah apa nama panjang PH? Ramai yang kurang tahu tapi dengan kita tahu nama sebenar akan membantu kita untuk lebih faham tentang ph. PH dikenali dengan 2 nama panggilan iaitu “Power of Hydrogen” atau juga dikenali sebagai “Potential of Hydrogen”. Disebabkan itu kami menggelarkan ph sebagai “Hidrogen yang Berkuasa“! Sebab? Sebab semuanya berkisar tentang jumlah kandungan ion hidrogen di dalam cecair! PH diukur menggunakan skala 0-14. Kadar hidrogen di dalam air menentukan samada cecair yang diuji bersifat alkali (bacaan atas 7), neutral (bacaan 7) atau asid (bacaan bawah 7). Jadi berapa bacaan PH yang sesuai untuk ikan dan udang anda? Secara umum kebanyakkan spesies berkembang maju pada PH 6.5 – 8.5. Ion hidrogen berlebihan akan menurunkan bacaan ph, manakala kurang ion hidrogen akan menjadikan air alkali. Kenapa asid seperti cuka bersifat asid? Kerana asid mempunyai ion hidrogen yang sedia untuk “didermakan” di sebabkan itu cuka mudah untuk bereaksi dengan bahan-bahan beralkali seperti baking soda. Biasa tengok kan orang letak dalam longkang tersumbat? Banyak buih keluar kan? Itu contoh paling senang untuk kita tengok keupayaan ion hidrogen yang berlebihan, ngeri kan . Kesimpulannya, lagi banyak ion hidrogen lagi rendah ph aka berasid. 2) GH aka “Si Pembekal Mineral“ Dikenali sebagai General Hardness atau kadangkala Total Hardness. GH menyukat ion kalsium dan ion magnesium secara asasnya. Kandungan mineral yang cukup sangat penting untuk pembangunan tulang, otot ikan, membantu penukaran kulit untuk udang, ketam atau apa-apa spesies krutacea dan juga termasuk membantu tumbesaran pokok air. Kena dengan namanya “Si Pembekal Mineral“, bacaan GH akan meningkat seiring dengan meningkat kedua ion ini. Awas! Tahu dengan jelas spesies ternakan anda samada sesuai dengan air keras (hard water) atau air lembut (soft water) sebelum menambah apa-apa supplement/mineral tambahan di dalam air, jangan overdos! 3) KH aka “Si Penjaga Keamanan“ Wuuuu! “Si Penjaga Keamanan“? kenapa kami gelar sebagai penjaga keamanan? Seperti yang kita sentuh dalam point 1 tentang ph, kandungan ion hidrogen akan menjadikan bacaan ph kita kadang-kadang naik turun hanya dalam sekelip mata (**mungkin hanya dalam rangka masa 30 minit sahaja 1-2 tangga ph boleh naik atau turun!). Kenapa tak elok? Sebab ikan/udang/ketam atau apa sahaja ternakan akan stress seperti simptom tidak mahu makan, tidak aktif dan paling teruk penyebab utama kepada kematian mengejut. Jadi jelaslah antara kaitan ph dengan ion hidrogen di sini. Haaa! Disini datangnya KH Si Penjaga Keamanan! KH adalah bacaan jumlah carbonate dan bicarbonate di dalam sistem. Mencerminkan nama, KH dikenali sebagai Carbonate Hardness dan Total Alkalinity atau kadangkala juga dikenali sebagai Acid Neutralizing Capacity (ANC) iaitu keupayaan meneutralkan asid. Jom masuk sikit tentang kimia air di sini! Kenapa penting KH di dalam air? Kes 1: ion hidrogen berlebihan di dalam air (air menjadi asid) – ion carbonate akan “bergabung” dengan ion hidrogen tersebut dan menjadi ion bicarbonate, sekiranya masih ada ion hidrogen berbaki di dalam sistem, ion bicarbonate akan “bergabung” dan menghasilkan carbonic acid. Kes 2: ion hidrogen kurang di dalam air (air menjadi alkali) – carbonic acid melepaskan ion hidrogen dan menjadi ion bicarbonate dan seterusnya menjadi ion carbonate sekiranya belum mencapai bacaan stabil (“equilibrium“). Bacaan stabil bagi sistem yang mempunyai KH yang mencukupi adalah antara 7.0 – 8.5. Apa jadi sekiranya KH rendah? Jadi maksudnya kuranglah “polis” untuk menjaga “penjahat” jadi ph tetap akan naik dan turun secara tiba-tiba. Jadi di ladang kami, team perladangan FWC sentiasa memastikan bacaan KH air kolam adalah di antara 8-12 dkh. Kami mengesyorkan minimum bacaan KH sistem anda sekurangnya atas 5 dkh untuk memastikan ph stabil daripada pengaruh kandungan ion hidrogen. Disebabkan itu kami menggunakan KH Booster (*link ke laman produk) untuk menaikkan KH secara selamat tanpa mengganggu bacaan GH, kerana penggunaan kapur seperti kulit kerang, batu karang atau dolomite akan mengambil masa dan dalam masa yang sama menyebabkan air menjadi keras kerana bahan-bahan ini juga melepaskan ion kalsium dan ion magnesium! Kelebihan lain KH Booster keluaran FWC mempunyai ion bicarbonate yang tinggi yang bermaksud sistem akan mempunyai “bank kecil” ion hidrogen sekiranya mahu menaikkan atau menurunkan ph nanti! Nampaknya sudah sampai kita ke penghujung perkongsian! Semoga dengan perkongsian yang pendek ini dapat membantu anda untuk membuat pilihan terbaik untuk akuarium dan sistem ternakan anda. Jika anda ada soalan, boleh komen di bawah! Jangan lupa follow kami di ig dan fb ya! @fwcrustacea Tinggalkan komen anda! Cancel reply Logged in as Fairus Munir. Edit your profile. Log out? Required fields are marked * Message
TDS vs TSS
TDS vs TSS? Kredit kepada “slinya.en.made-in-china.com” Pernah guna atau pernah tengok alat ni? Pernah guna tapi tak pernah tahu kenapa guna 🤦‍♂️? Tak pernah nampak tapi pernah dengar singkatan TDS? Tak pernah dengar singkatan tapi nak tahu pasal TDS? Jangan risau! Hampa kat tempat yang betul! Memandangkan hampa dah dekat sini kita kupas terus satu lagi “istilah” (terms) adik-beradik TDS iaitu TSS dan apa perbezaan kedua istilah singkatan ni. Kita ambil satu petikan dari laman web rasmi Institute Biotechnologi dari US link. “TSS is measured by weighing the dried material on the filter. TDS is defined as the portion of organic and inorganic solids passing through the same filter” Okey tak? Faham kan? “Kalau Copy & Paste pastu suruh baca balik baik tak payah nak buat blog post.” Getus hati hampa la sapa lagi. Kami cuba terangkan dengan lebih jelas dekat bawah. Kredit kepada “tokopedia.com” Ini adalah penapis jenis top filter untuk akuarium atau nama umumnya penapis mekanikal. Secara mudahnya, apa yang lekat di dalam penapis adalah TSS dan apa yang ‘ghaib’ dan lalu penapis yang sama di panggil TDS. Huh? Mudah kan? Jadi penapis standard kita pakai tu yang kita guna nak tapis najis, makanan tak habis, keledak dasar akuarium dan lain-lain yang nampak dengan mata kasar tu dipanggil TSS sebab masih mampu kita asing dari sistem. Berbalik kepada TDS, jadi TDS adalah sukatan untuk menyukat kandungan ion bendasing di dalam air contohnya seperti kalsium, magnesium, sodium dan lain-lain kemungkinan bahan-bahan lain mengikut lokaliti anda atau apa yang anda letak di dalam sistem anda. TDS adalah bacaan asas sahaja untuk tahu berapa banyak bahan umum ini dalam sistem tetapi untuk tahu lagi jelas memerlukan ujian yang lebih khusus contoh seperti ujian General Hardness (GH) untuk menguji kalsium. Istilah TDS, EC dengan CF adalah antara jenis bacaan yang terkenal di antara pekebun moden hidroponik dan aquaponik. Bacaan asas kepada TDS adalah EC (electrical conductivity) atau keupayaan air yang diuji untuk mengalirkan elektrik. Lagi tinggi EC lagi banyak bahan di dalam air tersebut. Dari sukatan EC ni kita boleh manipulasi untuk dapatkan bacaan TDS, analoginya mcm kita tukar Meter ke Centimeter, cuma perubahan kepada unit sahaja. Bacaan TDS jugak sebenarnya terbahagi kepada beberapa cara sukatan bahan di dalam air. Dua jenis bacaan asas terkenal adalah NaCL (Sodium Chloride) dan KCL (Potassium Chloride). Maksud sukatan bahan ni bukan nak sukat NaCL/KCL dalam air tu cuma cara nak kira saja berasaskan dua jenis bahan ni. Kalau rajin boleh baca perbincangan di sini. Alat sukat TDS yang kami tunjukkan di atas selepas pembacaan teknikal kami dapati menggunakan pembacaan TDS asas NaCL. Jadi di M’sia rata-rata kami mendapati ramai yang menggunakan alat TDS ini. Itu saja untuk perbincangan kali ni, semoga bermanfaat! Jumpa lagi untuk perkongsian akan datang. Jika anda ada topik yang menarik ingin kami kongsi, boleh komen di bawah! Tinggalkan komen anda! Cancel reply Logged in as Fairus Munir. Edit your profile. Log out? Required fields are marked * Message