4 Tip Cara Mula Akuarium Untuk Noob

Akuarium Hobi Lobster

Anda teringin nak mula bela ikan dalam akuarium?

Atau anda pernah bela tapi ikan mati jadi anda trauma nak mula hobi anda semula?

Atau anda memang dah mula bela dah pun tapi ikan mati tiba-tiba, jadi anda pun terfikir “tangan aku panas ke 🤔“?

Haa!!! Jangan risau!

Kat sini kami ada 4 tip mudah untuk bantu anda!

*(p/s : tip-tip ni berguna bukan untuk hobi akuarium sahaja! untuk penternak skala besar jugak boleh pakai cuma skala saja berbeza.)

Kitaran Nitrogen Akuarium

1) Pastikan Kitaran yang Sihat!

Kitaran? Apa maksud dengan kitaran ni?

Maksud kitaran kat sini macammana kita nak pastikan bahan asing yang masuk kedalam "sistem" kita keluar dengan selamat. Benda asing yang dimaksudkan ni termasuklah makanan ikan, tinja mahupun ikan/organisma yang mati.
Kita selalu tengok kan macammana benda yang mati mereput dan lepas sebulan "pufff!" hilang!

Itulah proses alam, di kawasan asli macam kolam, sungai mahupun laut bakteria-bakteria pengurai sudah wujud dan sedia menukar benda-benda asing ini segera ke bentuk yang tidak berbahaya kepada hidupan didalamnya. Ammonia dan Nitrites antara bahan yang beracun kepada hidupan air.
Akuarium adalah "kolam" buatan, untuk memastikan ikan kita sentiasa sihat dan cergas kita kena pastikan bakteria-bakteria ini wujud dan menjadi penyelamat kepada hiasan kita!

Macammana nak wujudkan bakteria ni? Biar akuarium anda berjalan tanpa ikan selama sebulan dan bakteria-bakteria ni akan wujud secara semula jadinya!
Lambat? Malas tunggu? Tau dah hampa nak kata lagutu 🙊.

Dengan kehebatan teknologi lani, depa dah "tangkap" bakteria ni sumbat dalam botoi. Hampa teruih boleh kultur bakteria ni dan boleh stok aquarium anda dalam beberapa jam saja!

Kalau ada yang belum faham apa kami nak habaq, boleh google "Nitrogen Cycle" untuk pemahaman yang lebih kemas dan tuntas.

Kemaskini: Kami telah mengupas topik ini dengan lebih dalam didalam perkongsian ini.

2) Belajar Cara Periksa Kualiti Air

Ini yang banyak orang tak tau, macammana nak periksa kualiti air. Anda dah tau "Nitrogen Cycle" tu apa, tapi tak tau macammana nak ukur keberkesanan bakteria dalam "Kitaran" akuarium anda sihat atau tak.

Banyak alat atau set uji untuk periksa kualiti air. Gambar yang kami sertakan adalah antara contoh set uji yang ada di pasaran (*p/s : promosi tak berbayar ni) dan antara set uji yang selalu diguna pakai di kedai aquarium mahupun peminat hobi aquarium yang serious.

Kurangnya pengetahuan untuk menguji sendiri ni yang menyebabkan ikan hiasan anda tiba-tiba KO tanpa sebab. Jadi anda kena tahu dan prihatin! Kami di FWC menjalankan ujian ke atas kolam kami sekurang-kurangnya 2 minggu sekali untuk memastikan kualiti air sentiasa di dalam kualiti yang terbaik dan optimal.

3) Tahu Maklumat Spesies yang hendak dipelihara

Mesti hampa dah terbayangkan ikan dalam akuarium berenang-renang dengan girangnya sambil menyambar makanan yang anda bagi.

"Oh asyiknya!"

Berenti kat situ, ikan apa? spesis apa?
Dia pi masuk dalam kedai akuarium pastu tengok ikan cantik lepas tu buang masuk dalam akuarium, NO!NO!NO! 😡

Pertama hampa kena kaji spesis yang nak di bela tu. Tahu asal usul, sapa bapak dia, sapa mak dia. EH? 🤣

Bukan macam tu, benda yang kena amik tahu pasal asal usul ikan tu contohnya :
1) Jenis ikan beriklim tropika lebih suka suhu yang suam-suam kuku.
2) Spesies ternakan yang bercangkerang seperti ketam dan LOBSTER AIR TAWAR memerlukan kalsium di dalam air untuk pertukaran kulit dan pengerasan kulit.
3) Ikan kecil macam Zebra Danio pula suka air yang berarus tinggi.

Ni antara contoh-contoh latar belakang ikan yang anda kena tahu supaya kita boleh klon atau tiru tempat semula jadi dia di dalam akuarium kita!
So? Meh la google!!!

4) Tau berapa ekor sekali masuk!

"Ohoi!!"
Amboi dah siap akuarium sampai penuh hampa pi bubuh ikan.
Tip kami, masukkan sedikit demi sedikit dan jangan terlalu banyak.
Pastikan sepanjang senggang masa masuk stok ikan baru periksa kualiti air anda!
Kenapa?
1) Binatang perlukan ruang yang cukup untuk hidup. Jadi terlalu banyak ikan masuk akan mengakibatkan pengurangan peluang untuk hidup.
2) Stok yang banyak secara tiba-tiba boleh mengakibatkan "Ammonia Spike" atau peningkatan Ammonia mendadak yang mana akan mengakibatkan keracunan di dalam akuarium anda. Sebab tu kami menganjurkan anda memeriksa kualiti air anda sehingga kit uji anda menunjukkan keputusan yang stabil.

Jadi katakan anda dah terbuat dan kit uji anda telah tunjuk peningkatan ammonia pada tahap yang membimbangkan! Jadi apa nak buat?
Tukar 20%-50% air baru bebas klorin dan tambah bakteria menggunakan tip NO 1.

Macammana dengan perkongsian kali ni? Kami berharap dapat membantu anda membuat pilihan terbaik dan menambah ilmu baru kepada anda. Anda ada soalan atau cadangan? Komen dan kami akan kongsi pada perkongsian akan datang!

Tinggalkan komen anda!

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Belajar untuk menternak.

Langgan emel secara percuma untuk mendapat update terbaru tentang tip dan petua terbaru!

Email anda sudah kami terima! Nantikan berita mingguan dari kami! Alamak! Sedikit masalah dalaman berlaku, boleh cuba semula?
Ikon Laman Web

Hak cipta terpelihara sejak 2018 | Hak Cipta blog@fwcrustacea.com